Sunday, March 1, 2015

Menjaga Kebersihan Sekeliling Rumah bagi Mencegah Deman Denggi

        
           Deman Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya adalah melalui gigitan nyamuk aedes. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Deman Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi.

      Deman denggi bermula dengan deman mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan deman denggi ialah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul pada anggota bahagian bawah.

     Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Cara untuk menghalang pembiakan nyamuk adalah dengan menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

       Deman denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup serta masyarakat setempat. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk. Sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.








Rujukan
  1. http://www.malaysiatercinta.com/2014/02/cara-mencegah-aedes-dan-denggi.html
  2. http://wp.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=177:ikram-wp-peka-isu-denggi-di-kuala-lumpur-&catid=3:berita&Itemid=7
  3. http://www.astroawani.com/infografik/gejala-dan-langkah-pencegahan-denggi-31340


No comments:

Post a Comment