Sunday, March 1, 2015

Kitaran Hidup Nyamuk



Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan. 

Selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekelompok telur pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir amat perlahan. 

Dalam masa seminggu, telur itu akan menetas menghasilkan larva. Larva memakan bahagian kecil bahan organik yang terapung dan juga makan sesama mereka. Seterusnya, larva akan bertukar kepada pupa.

Pupa juga tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk (dipanggil sifon) yang terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan.

Nyamuk dewasa keluar dari pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja.


Video kitaran hidup nyamuk: https://www.youtube.com/watch?v=Gdv01C74Mq0








Rujukan


Menjaga Kebersihan Sekeliling Rumah bagi Mencegah Deman Denggi

        
           Deman Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya adalah melalui gigitan nyamuk aedes. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Deman Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi.

      Deman denggi bermula dengan deman mengejut, sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot serta gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan deman denggi ialah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul pada anggota bahagian bawah.

     Amalan pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kebersihan sekeliling rumah sama ada di dalam dan di luar rumah bagi menghindarkan pembiakan nyamuk. Cara untuk menghalang pembiakan nyamuk adalah dengan menggunakan penyembur racun serangga, memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas simpanan air untuk mencegah nyamuk daripada bertelur, sentiasa menukar air di dalam bekas simpanan air, jambangan bunga dan kolah mandi setiap minggu serta gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran.

       Deman denggi merupakan penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam kesejahteraan hidup serta masyarakat setempat. Pihak berkuasa perlu melaksanakan penguatkuasaan berterusan yang lebih berkesan agar dapat menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk. Sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan sudah pasti masalah denggi dalam kalangan masyarakat kita dapat dikawal dan dikurangkan. Ingatlah “Denggi Membunuh”.








Rujukan
  1. http://www.malaysiatercinta.com/2014/02/cara-mencegah-aedes-dan-denggi.html
  2. http://wp.ikram.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=177:ikram-wp-peka-isu-denggi-di-kuala-lumpur-&catid=3:berita&Itemid=7
  3. http://www.astroawani.com/infografik/gejala-dan-langkah-pencegahan-denggi-31340